RANKING SAINS DAN MATEMATIK dalam PISA dan TIMSS
MALAYSIA berada di tangga ke-52 dalam kalangan 76 buah negara dalam
penarafan (ranking) terbaharu Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi
(OECD) bagi Sains dan Matematik.(MEI 2015)
Ranking lima terbaik dikuasai oleh negara-negara Asia iaitu Singapura di tempat pertama diikuti, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Ranking Malaysia bukan sahaja berada jauh di belakang Singapura malah negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam berada di tangga ke-12 dan Thailand di tangga ke-47 dan Malaysia juga turut berada di bawah Ukraine (tangga ke-38), Turki (41), dan Kazakhstan (49).

Hasil kajian itu sepatutnya menjadi isyarat
jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa kita berada jauh daripada sistem pendidikan
kelas dunia sama ada di peringkat rendah, menengah dan juga tertiari."
Sweden sepatutnya menjadi pengajaran buat Malaysia. Negara tersebut pernah pada suatu ketika mempunyai sistem pendidikan yang baik dalam kalangan negara-nagara OECD namun mengalami kejatuhan ketara dalam markah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) sejak tahun 2000.
Namun kerana penurunan itu, kerajaan Sweden meminta pihak OECD menilai semula sistem pendidikannya pada tahun 2014. Dalam ranking terkini, Sweden berada di tangga ke-35.
sekiranya pembuat polisi tidak mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan semasa di Malaysia, kita akan berada lebih jauh di belakang jiran-jiran Asia dan terus berada dalam kedudukan yang tidak memiliki daya saing dalam ekonomi.
"Sebagai contoh subjek Sains di Jepun cuma ada tiga topik setahun. Pelajar di sana belajar secara mendalam, sedangkan di Malaysia silibus Sains terlampau banyak," katanya.
Sistem pendidikan Malaysia hanya berorientasikan peperiksaan sahaja tanpa penerapan nilai murni.
Pendidikan matematik perlu merujuk kriteria yang digunakan oleh OECDdan merangka pembaikan.

0 comments:
Post a Comment