PETALING
JAYA - Kerajaan diminta bertegas dalam memuktamadkan sebarang keputusan
berhubung pertukaran dasar dalam sistem pendidikan negara, termasuk isu bahasa
di sekolah.
Penasihat
Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, pertukaran dasar tidak
boleh berubah mengikut musim selain ia dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan
dalam masyarakat.
"Sudah
sampai masanya kerajaan menunjukkan ketegasan, sama ada nak meneruskan dasar
lama atau dasar baharu. Kita tidak harus menukar dasar setiap kali musim
berubah.
"Soal
bahasa, tidak boleh ditukar terumbang ambing...bagi saya mudah, bahasa ilmu
mesti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Bahasa
perantaraan adalah bahasa kebangsaan, bahasa komersial pula adalah Bahasa
Melayu dan Inggeris," katanya selepas melancarkan buku 'George Yeo On
Bonsai, Banyan and Tao' di auditorium Sin Chew Daily di sini, hari ini.
Rais
mengulas desakan lebih dua juta aktivis dari 34 badan bukan kerajaan (NGO) di
negara ini yang mendesak penangguhan atau pemansuhan Program Dwibahasa (DLP)
yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah bermula Januari depan.
Menerusi
DLP yang merupakan program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), pihak sekolah dibenarkan mengajar
subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk
dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris.
Rais
berpendapat dasar yang telah wujud tidak perlu diubah semata-mata orang ramai
berbahasa Inggeris.
Mengenai
buku yang ditulis bekas Menteri Luar Singapura itu, Rais berkata ia melunaskan
banyak peristiwa berkaitan hubungan Malaysia dan Singapura termasuk kes Batu
Putih. - Bernama
Isu 2
Dwibahasa: Matematik, Sains ikut persetujuan ibu bapa
Kerajaan
hanya akan melaksanakan program dwibahasa (DLP) dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah
tertentu.
Menurut
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, setakat ini kira-kira 300
sekolah di seluruh negara telah dipilih dalam program itu yang akan dimulakan
tahun depan.
Selain
persetujuan ibu bapa pelajar, pihak sekolah juga perlu bersedia dari segi
tenaga pengajar dan kelengkapan mengajar sebelum program berkenaan dapat
dijalankan.
Ini
adalah satu program dan ia bukan dasar kementerian. Persetujuan ibu bapa amat
perlu begitu juga dengan pihak sekolah yang akan melaksanakan program tersebut.
Kementerian
sudah menyenaraikan sekolah yang akan mengikuti rancangan ini. Program ini akan
diteruskan sekiranya terdapat 20 hingga 30 sekolah yang telah bersedia untuk
menjalankan program ini.
Namun begitu lebih dua juta aktivis yang
menganggotai 34 buah badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini telah mendesak
kerajaan agar menangguh atau memansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang akan
dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah bermula Januari 2016.
Menerusi DLP yang merupakan program di bawah
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
pihak sekolah dibenarkan mengajar subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam bahasa Inggeris.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu
Sistem Dwibahasa Pendidikan Negara, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, program
tersebut telah melanggar Akta Pendidikan 1996 yang meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Kerajaan didesak meneliti semula program
terbabit kerana ia bercanggah dengan akta sedia ada. Usaha kerajaan untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tidak dihalang
namun NGO menolak pelaksanaannya untuk subjek Sains dan Matematik.
Isu 3
Cadangan menimbang semula penggunaan bahasa Inggeris
dalam subjek Sains dan Matematik.
Kerajaan
akan memperuntukkan RM135 juta bagi program Memartabat bahasa Malaysia dan
Memperkukuh bahasa Inggeris. Memandangkan bahasa Inggeris amat penting dalam
persaingan global semasa, maka dua inisiatif diperkenalkan iaitu Dual Language
Programme dan Highly Immersive Programme yang akan dilaksanakan secara pilihan
dengan kos RM38.5 juta.
Namun
pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu
dipertimbangkan kembali supaya sejajar dengan hasrat kerajaan menuju ke arah
negara maju pada tahun 2020.
Menurut
Profesor Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman, bahasa merupakan salah satu
elemen pembelajaran penting dalam mendalami bidang sains. Pengetahuan terhadap
ilmu sains perlu diperkukuhkan untuk melahirkan generasi yang mementingkan
sains dalam kehidupan seharian seterusnya meningkatkan tahap intelektual di
negara ini.
Misalnya
negara maju seperti Jepun dan Korea dilihat lebih mementingkan bahasa ibunda
sebagai bahasa utama pendidikan negara mereka.
Di
Malaysia tidak semua rakyat boleh memahami dan bercakap menggunakan bahasa
Inggeris. Apabila sukar memahami bahasa Inggeris, sudah tentu sukar untuk
memahami ilmu sains tersebut.
Profesor
Matematik Gunaan merangkap Pengarah Pusat Matematik Industri dan Gunaan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Prof. Dr. Zainal Abdul Azizberpendapat, ilmu matematik negara perlu diolah dengan
acuan sendiri kerana sistem pembelajaran yang dipraktikkan sekarang adalah
mengikut acuan negara barat.
“Negara
luar seperti Amerika Syarikat mula mengolah pendidikan matematik di negara
mereka kerana ingin melahirkan ramai pelajar yang cerdik pandai dalam bidang
tersebut berikutan sistem pembelajaran terdahulu yang gagal,” katanya
Merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI. Juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Selangor. Selamat Berkongsi Ilmu.
0 comments:
Post a Comment