1.0 PENGENALAN
Akses secara umumnya merupakan
proses atau cara untuk mencapai atau meperoleh sesuatu data dan maklumat atau
capaian. Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025). Pada masa ini isu akses semakin
meluas dan ditekankan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Namun terdapat
banyak isu yang menjadi penghalang dalam menghapuskan jurang dan memberi
peluang kepada rakyat dalam pendidikan terutamanya subjek matematik. Maka
secara umumnya akses dalam bidang pendidikan ialah menghapuskan jurang dan
membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan
bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan
secara sama rata
Rajah
1: Anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa 2013-2025.
2.0 ISU TIDAK SAMA RATA DALAM
PENDIDIKAN
Akses kepada pendidikan tidak sama
rata kepada semua penduduk telah dikenal pasti kerana faktor-faktor berikut:
a. Kedudukan sekolah
Pelajar
yang berada di bandar lebih mudah menerima akses pendidikan berbanding bandar.
Kemudahan yang disediakan untuk pelajar adalah lebih banyak dan lebih meluas
penggunaannya. Walaupun sejumlah peruntukan telah dilaburkan bagi mengelakkan
jurang antara pelajar bandaar dan luar bandar, namun masih terdapat banyak
halangan dalam perlaksanaannya seperti tiada kemudahan elektrik dan jalur lebar
yang meluas. Sekolah luar bandar juga berhadapan dengan masalah kurang guru
mahir dalam opsyen yang diajar serta kekurangan guru yang ditempatkan di
pedalaman.
b. Latar belakang pelajar
Pelajar
yang berlatar belakang ibu bapa yang berpendidikan pada kebiasaannya menitik
beratkan pendidikan anak-anak. Mereka cenderung berkorban wang ringgit
semata-mata menyekolahkan anak agar tidak ketinggalan dan setaraf atau lebih
tinggi daripada pendidikan yang pernah mereka peroleh. Bagi pelajar yang berada
di luar bandar kebanyakan mereka cenderung untuk menikmati cara hidup yang
mereka selesa. Misalnya pelajar yang terbiasa dengan ibu bapa sebagai petani
lebih meminati bidang pertanian berbanding ilmu lain. Mereka hanya gemar
mendalami ilmu pertanian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan
akses pendidikan dalam bidang pertanian di mana sekolah teknik dan vokasional
menjadi laluan mudah untuk mereka yang meminati bidang ini.
c. Status sosioekonomi
Status
sosioekonomi menjadi penentu kejayaan akademik dan merupakan faktor utama yang
berupaya mewujudkan jurang pencapaian murid. Peratus pencapaian pelajar dilihat
semakin meningkat apabila pendapatan keluarga semakin tinggi dan rendah
sekiranya ibu bapa miskin. Penerimaan pendidikan yang berkualiti dapat dilihat
daripada hirarki sosial dan keadaan sosioekonomi penduduk di mana akses yang
meluas diterima bagi mereka yang mempunyai taraf sosial yang tinggi berbanding
mereka yang miskin. Golongan atasan yang berpendapata tinggi mempunyai
keupayaan kewangan untuk menikmati akses pelbagai pilihan pendidikan sama ada
daripada dalam mahupun luar negara.
d. Pencapaian akademik
Sistem
pendidikan negara menghadkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh serta
universiti berdasarkan keputusan dan gred peperiksaan serta sekiranya pelajar
aktif dalam bidaang kokurikulum. Akses pendidikan yang disediakan lebih cerah
buat mereka dan lebih meluas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.
e. Minat pelajar
Pelajar
yang berlatar belakang sosioekonomi rendah pada kebiasaannya tidak berminat
untuk ke sekolah dan belajar. Oleh kerana mereka tidak dibiasakan dengan budaya
ilmu maka minat untuk belajar tidak bercambah dalam diri mereka. Namun ianya
dapat diatasi sekiranya terdapat akses pendidikan di dalam bidang yang mereka
minati seperti bidang vokasional. Bagi pelajar yang sentiasa mendapat keputusan
yang cemerlang kerana minat mereka terhadap sesuatu bidang, peluang pendidikan
terbuka luas untuk mereka sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah
pembiayaan dan biasiswa disediakan buat mereka agar pendidikan yang diterima
berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
f. Jantina
Jurang
pencapaian juga dilihat ketara jika dibandingkan keputusan peperiksaan lelaki
dan perempuan. Akses pendidikan telah diberi secara sama rata namun akibat
daripada jumlah wanita lebih tinggi daripada lelaki menyebabkan berlakunya
jurang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Misalnya dalam bidang perguruan
bilangan guru wanita lebih ramai berbanding guru lelaki.
g. Kumpulan minoriti
Terdapat
juga pandangan yang mengatakan bahawa perbezaan di antara kaum atau etnik
menyebabkan penyediaan peluang pendidikan tidak sama rata. Misalnya masyarakat
orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman. Walupun mereka mengikuti
kurikulum yang sama seperti pelajar lain namun golongan minoriti ini kemungkinan
mengalami masalah buta huruf sekaligus menjadi punca tiada minat untuk belajar.
3.0 STRATEGI KESAMARATAAN
Pendidikan dilihat sebagai cara
untuk mengubah mobiliti sosial. Misalnya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keluarga miskin berpeluang meningkatkan ekonomi mereka apabila dewasa dengan
meraih pendapatan yang lebih lumayan hasil usaha mereka kerana berpeluang
mendapat pendidikan yang tinggi. Maka tindakan awal perlu dilakukan. penyediaan
agar kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti adalah bertaraf
antarabangsa.
a. Menanda aras tahap keberhasilan
murid dan amalam pembelajaran yang terbaik diselaraskan mengikut sistem
pendidikan berprestasi tingi.
Sistem
pendidikan berprestasi tingi. Perlu
diguna pakai agar pelajar Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Bagi
meningkatkan ekonomi negara, setiap pelajar perlu dipastikan agar menguasai
kemahiran literasi dan numerasi terutamanya dalam bidang matematik dan sains.
Mereka akan diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan pendidikan yang
berprestasi tinggi. Pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan
TIMMS perlu dipantau. Pentaksiran TIMSS dan PISA yang dijadikan sebagai penanda
aras memungkinkan sistem pendidikan kita diiktiraf di peringkat antarabangsa.
b. Melancarkan kurikulum yang memberi
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi agar setaraf dan diiktiraf di
peringkat antarabangsa
Kurikulum
sekolah rendah dan menengah perlu dirombak semula agar lebih memberi tumpuan
kepada pengajaran berpusatkan murid dan
mempelbagaikan pengajaran serta lebih penekanan kepada penyelesaian masalah. Standard pembelajaran yang jelas perlu
dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang bakal diperoleh oleh
anak-anak mereka. Pelajar perlu dilatih untuk berfikir secara kritis dan mampu
mengaplikasi kehiran yang dipelajari apabila diperlukan. Maka penilaian yang diberikan di peringkat
sekolah juga perlu memberi lebih tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras
tinggi.
c. Meningkattkan akses internet.
Murid
akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Ini
kerana melalui pembelajaran jarak jauh, bukan sekadar pelajar mempunyai pilihan
sumber yang lebih luas malah guru juga mempunyai akses kepada sumber yang mampu
membantu proses pembelajaran dan pengajaran lebih berkualiti setaraf peringkat
anarabangsa. Kemudahan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar.
d. Meningkatkan peruntukan fizikal dan
pengajaran kepada pelajar di luar bandar.
Pelajar orang
asli serta daripada golongan minoriti perlu diberi bantuan tambahan supaya
mereka menerima peluang pendidikan yang sama seperti pelajar lain tanpa
perbezaam bangsa atau teknik. Kemudahan dan peralatan yang disediakan mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat mereka
untuk minat menimba ilmu dengan lebih mendalam. Pelajar disediakan guru yang
telah dilatih untuk memahami keperluan mereka yang berada di luar Bandar.
4.0 KESIMPULAN
Sistem pendidikan semasa perlu
meningkatkan keberhasilan pelajar. Melalui akses pendidikan yang disediakan setiap
kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Guru perlu meningkatkan
keupayan agar bertaraf dunia yang diperluan bagi membantu keberhasilan pelajar
seperti yang dihasratkan. Pihak kementerian sewajarnya berindak sebagai
pemangkin perubahan dengan menguruskan dan membimbing warga pendidik ke arah
kecemerlangan sekolah yang bertaraf antarabangsa.
RUJUKAN
Report on Access to
Education in Malaysia. 2013. SUHAKAM.
Diakses dari
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/Research-Report.pdf.
Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. 2006. Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses dari
http://www.prestariang.com.my/ictindustryinfo/download.php?id=74&rid=40..
Baba. S. 2013. PPPM:
Akses Pendidikan Berkualiti. Diakses dari
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/pppm-akses-pendidikan-berkualiti-1.220636.
Higher Education in
Malaysia: Increasing Access and Quality. 2011. Keynote Address by Dato’ Seri Mohamed
Khaled Nordin.
http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/PDS/PDS12%5B1009757%5D.pdf.
Al-Faiz. 2012. Apa Itu
Akses dan Ekuiti. Diakses dari
http://www.scribd.com/doc/86175592/Apa-Itu-Akses-Dan-Ekuiti#scribd.
Mohamed, H. A. &
Mohd, Y/. Diakses dari
http://www.researchgate.net/publication/242469759_FENOMENA_SEKOLAH_KECIL_DALAM_SISTEM_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN_SATU_ANALISIS_ISU_DASAR_AKSES_EKUITI_DAN_KUALITI.
Ringkasan Eksekutif.
2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diakses dari http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf.
Bab 8: Mempertingkatkan
Pencapaian Pelajar. 2010. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan.
Diakses dari
http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf.
0 comments:
Post a Comment