CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS

PENDIDIKAN MATEMATIK

Isu Bahasa

ISU BAHASA DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

1.0  PENGENALAN

Literasi matematik ialah bagaimana pelajar mengakses matematik melalui bahasa, dan dengan peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Rangka kerja PISA mentakrifkan literasi matematik sebagai: ... Keupayaan individu untuk mengenal pasti dan memahami peranan yang dimainkan oleh matematik di dunia , untuk membuat pertimbangan yang berasas dan untuk menggunakan serta melibatkan diri dengan matematik dengan cara yang memenuhi keperluan dalam kehidupan individu sebagai warganegara yang konstruktif, mengambil berat dan reflektif.
( Thomson, Cresswell & De Bortoli , 2004)

Matematik merupakan bahasa, walaupun secara teknikal ianya bukanlah bahasa semulajadi manusia tetapi ianya berbentuk formal, iaitu, bahasa binaan atau buatan manusia sendiri. Kita menggunakan bahasa harian untuk mengajar bahasa Matematik. Kita menghadapi masalah apabila kata-kata teknikal yang kita gunakan bagi sebahagian bahasa matematik bercanggah dengan pemahaman setiap hari. ( Gough 2007).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum atau kita kenali sebagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia menjadikan pelajar daripada kaum  Cina dan India kadangkala sukar menterjemahkan kepada maksud yang yang mereka fahami. Ianya menjadi lebih parah apabila sebilangan daripada mereka tidak tahu membaca dan buta huruf.


2.0  BEBERAPA ISU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA DAN LITERASI DALAM MATEMATIK YANG TELAH DIKENAL PASTI :

Isu yang berkaitan dengan Bahasa dan literasi dalam matematik dapatlah diringkaskan seperti berikut:
i)                    simbol-simbol khusus dan ungkapan dalam bahasa matematik.
-          simbol-simbol khusus serta  ungkapan dalam bahasa matematik menjadikan pelajr sukar mentafsir maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru.
ii)                  penggunaan istilah bahasa harian yang  berbeza maksud di dalam kelas matematik
-          Istilah Matematik pada kebiasaannya diterjemahkan daripada perkataan dalam bahasa Inggeris. Contohnya perkataan 'change' memberi maksud yang khusus dalam matematik tetapi dalam kehidupan seharian ianya membawa maksud yang tidak sama. Ini menyebabkan penggunaan isilah di dalam bahasa Inggeris menjadikan pelajar keliru sekiranya diguna pakai di dalam bilik darjah.
iii)                penyelesaikan masalah matematik berayat
-          seperti yang kita sedia maklum soalan matematik yang mempunyai ayat yang panjang merupakan soalan yang menyebabkan pelajar terbeban dan tidak mahu menjawab soalan ini.
iv)                komunikasi di dalam kelas matematik.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Namun kadangkala pelajar daripada kaum lain berasa sukar untuk berkomunikasi dengan kaum Melayu akibat daripada tahap penguasaan yang lemah dalam Bahasa Melayu.


3.0  BENTUK LITERASI BERKAITAN DENGAN MEMBACA DAN MENTAFSIR TEKS MATEMATIK, DAN MENGENAL PASTI BEBERAPA TUNTUTAN LITERASI TERTENTU:

Bentuk literasi berkaitan dengan membaca dan mentafsir teks matematik dan mengenalpasti beberapa tuntutan literasi tertentu dapatlah diringkaskan seperti berikut:
i)                    perkataan yang digunakan dalam konteks istilah matematik tertentu, termasuk istilah seperti tessellation, dan kata-kata yang wujud di sekolah matematik dan juga di dunia luar sekolah
ii)                  Istilah spatial (contohnya: di atas, mendatar)
iii)                ungkapan ringkas dan tepat dalam matematik yang boleh melibatkan ketumpatan leksikal yang ketara
iv)                masalah perkataan yang mewujudkan kerumitan melalui penstrukturan semantik daripada soalan-soalan dan bukannya matematik.
(Zevenbergen, 2001)

3.1  Istilah yang berbeza dalam maksud antara konteks di luar sekolah dan di dalam bilik darjah mewujudkan ketidakpastian atau kekaburan

Contoh perkataan yang mampu membawa pehaman yang berbeza sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
T: Can you calculate the volume of this box?
S: um .. [pause] .. no [has a puzzled look]
T: Do you know what volume is?
S: Yes, it is the button on the TV.
a)                  Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu menjadikan ianya susah difahami kerana memberi makna berganda.
b)                  Bahasa matematik termasuk banyak perkataan yang bunyinya sama seperti kata-kata dengan makna berlainan(atau homophones )
c)                  Banyak kata-kata yang mempunyai ejaan perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi mempunyai makna yang berbeza dalam istilah matematik
Mathematical term
Homophonic partner
Arc
Ark
chord
Cord
mode
Mowed
Pi
Pie
plane
Plain
serial
Cereal
Sine
Sign
Sum
Some

Adams, Thanagata & King, 2005

3.2  Perkataan yang digunakan untuk empat operasi utama matematik.

Tout (1991), menyatakan bagaimana analisis perkataan dan frasa yang digunakan untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian menunjukkan kesukaran bagi menyelesaikan masalah dan mentafsir situasi dalam kehidupan sebenar.
Contoh:
a.       Terminologi boleh bertindih di antara beberapa operasi matematik.
The phrase ‘how many’ is commonly used to indicate division as in ‘how many fives in 25?’ But what about ‘how many are there between 5 and 25? Or ‘how many are five 25s?’ ‘How many’ can be used for any operation, but many students recognise it as division.

b.      Selain daripada itu, masalah lain ialah penggunaan pelbagai terminologi dan kata kunci dalam sesuatu operasi.
Contohnya penolakan. Selain daripada perkataan penolakan, terdapat banyak kata kunci yang memerlukan kita menyelesaikan soalan menggunakan penolakan seperti kurang, di antara, singkirkan, kurangkan, diskaun, diambil dan lain-lain lagi.
(Tout, 1991)

3.3  Masalah Matematik Berayat

Pengetahuan matematik boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Ianya menjadi masalah sekiranya pelajar terdiri daripada mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Terdapat tujuh kategori kesilapan dalam aturan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah iaitu:
a.       membaca
b.      kemahiran kefahaman
c.       transformasi
d.      proses
e.       pengekodan
f.       kecuaian
g.      kurangnya motivasi
                                                                                                            ( Newman, 1977)

Zevenbergen (2001) menyatakan sebahagian besar penyelidikan dilaksanakan adalah tentang masalah matematik berayat. Tiga masalah utama dikenal pasti:
a.       Menukar soalan
Soalan-soalan ini melibatkan proses di mana terdapat sesuatu peristiwa yang akan  mengubah kuantiti.
b.      Menggabungkan soalan
Ini berkait dengan keadaan statik di mana terdapat dua jumlah. Ini dianggap sama ada sebagai entiti berasingan atau berkaitan antara satu sama lain.
c.       Bandingkan soalan
Ini melibatkan perbandingan dua jumlah dan perbezaan antara mereka.

Menurut Martiniello (2008), beliau mengesahkan betapa pentingnya kemahiran bahasa untuk memahami dan menyelesaikan masalah matematik dalam penilaian yang berskala besar.

Oleh itu, pengajaran matematik tidak lagi boleh dianggap sebagai berasingan daripada pengajaran bahasa. Penyelidikan ke atas persepsi guru telah mendapati beberapa percanggahan dalam cara guru memberikan arahan matematik (tidak berkaitan dengan bahasa) dan jenis penilaian matematik yang mereka gunakan di dalam kelas mereka (penggunaan bahasa yang beraras tinggi). Guru perlu menyediakan ‘scaffolding’ linguistik yang berterusan serta menggalakkan pembangunan kemahiran membina makna matematik murid.

3.4  Cara menangani masalah ini

Penting bagi pelajar untuk diberi peluang dalam kemahiran melihat, mendengar, menggunakan dan menulis kosa kata matematik. Pelajar di semua peringkat memerlukan peluang untuk mentafsir terminologi yang wujud di dalam matematik dalam cara yang mereka memahami. Selain itu, pelajar perlu dibantu dalam membina kemahiran visual dengan menggalakkan mereka menggunakan gambar dan gambar rajah untuk membantu memahami bahasa matematik.

4.0  MASALAH BAHASA PENGHANTAR DI NEGARA MALAYSIA

Sudah jelas diketahui bahawa di Malaysia masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dan pelbagai sumber menjadi punca wujudnya masalah penghantar dalam pengajaran Matematik.

Pengenalan PPSMI iaitu pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya banyak perdebatan. Ianya kemudiannya dimansuhkan secara softlanding. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu atau Bahasa ibunda kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan untuk memastikan sumber tenaga manusia yang wujud pada masa akan datang sedia untuk bersaing dalam era globalisasi yang penuh cabaran.

Seperti yang diketahui ramai, Sains dan Matematik menjadi bidang asas dan berperanan penting dalam kemajuan sesebuah Negara manakala Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa penghantar antarabangsa. Penemuan baru dan inovasi banyak berlaku dalam kedua-dua subjek ini dengan pantas dan untuk mencapai maklumat yang dikehendaki, penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mencadangkan dasar ini kerana beliau berpendapat kita makin ketinggalan dalam arus globalisasi.

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajianmengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008 berasaskan 3 kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid tahun 5. Menurut abstrak kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan bahawa guru Matematik dan Sains mereka masih menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar subjek-subjek ini. Lebih kurang70% murid menyatakan mereka tidak faham/ kurang faham pengajaran guru Matematik dan 80% guru Sains apabila Bahasa Inggeris digunakan dan mereka merasa sukar/agaksukar untuk mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Juga didapati bahawa prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains adalah rendah terutamanya item yang memerlukan mereka membaca arahan untuk menjawab dan soalan penyelesaian masalah berayat. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid melayu dan Orang Asli berbanding dengan murid India dan Cina.

Dapatan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai dan lebih mengeruhkan keadaan apabila ia menyusahkan dan melemahkan pembelajaran Matematik dan Sains murid, walaupun menunjukkan peningkatan yang sedikit dalam Bahasa Inggeris.

Kelemahan utama yang ditekankan dalam kajian-kajian ini ialah kelemahan guru berbahasa Inggeris yang menjadi punca kegagalan dasar ini. Selain daripada itu, kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid, ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistic untuk mengukuhkan keputusan kajian dan perlaksanaan. 

Satu memorandum yang telah diwujudakan pada penghujung tahun 2007 telah menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat sejajar dengan resolusipendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691)

“Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan bahasa di rumah dan di sekolah.”
Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, menyatakan bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin,baik di bandar mahupundi luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

5.0  RUMUSAN

Kebanyakan penyelidikan menekankan bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik. Apabila guru-guru sedar tentang perkara ini, mereka boleh membantu pelajar mengatasi salah faham tentang bahasa yang menjadi halangan untuk menyelesaikan masalah matematik berayat. Guru mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pengajaran yang jelas untuk membantu pelajar mengatasi kerumitan bahasa dalam matematik. Memahami bahasa digunakan dalam bilik darjah matematik membolehkan guru-guru untuk menyokong dan membantu pelajar untuk menangani masalahan yang berkaitan dengan bahasa.

















Rujukan

Ismail, N. A. (2009). Understanding The Gap In Mathematics Achievement Of Malaysian Students. The Journal Of Educational Research, 102:5, 389-394. Diakses Dari Http://Dx.Doi.Org/10/3200/Joer.102.5.389-394.
 Abd Aziz Bari, "PPSMI Dalam Konteks Perlembagaan", Di Seminar Halatuju Dasar Ppsmi Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kolej Universiti Islam Selangor, 14 Mac 2009.
 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (Ppsmi), Dr. Mahathir Mohamad, 13 Mac 2009. Dicapai Pada 20 April 2010
Noraini Yaacob (2008-09-12). "Teaching Science & Math In English: Survey Conclusions May Be Flawed, Not Policy". New Straits Times
 Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron Et. Al. (April 2008)."Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah"
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (2015).  Diakses Dari Http://Www.Moe.Gov.My/Userfiles/File/Ppp/Preliminary-Blueprint-Bm.Pdf.
Rashid, S. M. R. A. (2008). Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar: Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok, Kelantan. Tesis Diakses Dari Http://Eprints.Usm.My/10323/1/Peluang_Dan_Cabaran_Pendidikan_Dalam_Kalangan_Masyarakat_Luar_Bandar.Pdf.
Share on Google Plus

About Karmina Abdul Rahman

Merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI. Juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Selangor. Selamat Berkongsi Ilmu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment