Masalah boleh
diklasifikasikan sebagai masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin
hanya memerlukan beberapa prosedur seperti operasi aritmetik untuk mendapatkan
penyelesaian.
Sebaliknya, jika situasi
masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa maka ia
dikenali sebagai masalah bukan rutin. Dalam situasi seperti itu, pelajar
meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Masalah Rutin
Masalah rutin
merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam
menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami
masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritma-algoritma
yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui.
Ketika menyelesaikan masalah rutin, kita perlu mengenalpasti
1. Apakah
soalan yang perlu dijawab
2. Fakta-fakta
atau nombor yang perlu digunakan
3. Operasi-operasi
yang perlu digunakan
4. Anggaran
nilai penyelesaian
Masalah rutin
memberi kesan seperti berikut kepada kita:
a. Memberi
latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berurutan
b. Mempertingkat
kemahiran-kemahiran dalam operasi asas
c.
Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan antara sesuatu operasi dan
aplikasinya kepada situasi-situasi
sebenar.
Contoh Soalan Rutin
Contoh 1:
Maria membeli
sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah
jumlah wang yang dibayar oleh Maria?
3.2
Masalah Bukan Rutin
Masalah bukan rutin
merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam
menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian
dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan
pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat
dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita
ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang
memerlukan proses pemikiran yang berbeza.
Antara kesan
positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti berikut:
1. Dapat
mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
2. Memberi
peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah
penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian
masalah matematik
3. Dapat
menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
4. Meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis.
0 comments:
Post a Comment